Thursday, July 25, 2019

Rezeki Allah

REZEKI ALLAH ITU LUAS

Rezeki datang dalam pelbagai bentuk

Image from
Jangan tersilap, rezeki bukan hanya diukur pada tahap kewangan seseorang. Ramai masyarakat yang kurang peka dengan konsep sebenar rezeki yang Allah beri kepada setiap manusia.

Masing-masing hanya nampak wang Ringgit dan kekayaan sahaja, sehingga ada yang sanggup menggadaikan segalanya demi mengaut segala kekayaan dunia. Jika rezeki diukur dengan harta benda, maka individu yang paling kaya itulah yang paling banyak dilimpah rezeki.

Tapi sebenarnya, tanggapan ini salah dan amat jauh menyimpang, dan persepsi ini perlu segera diubah

Setiap manusia di muka bumi ini mempunyai rezeki masing-masing yang telah ditetapkan oleh Allah.

Namun begitu, ini bukanlah bermaksud seseorang itu tidak perlu berusaha untuk mendapatkan rezeki yang lebih.

Fahami 10 jenis rezeki dari Allah di bawah:

1. Rezeki Yang Telah Dijamin

Image from SAYS
Image via SAYS
Setiap orang ada bahagian rezeki masing-masing di dunia ini.

2. Rezeki Kerana Usaha atau Kerja

Image from SAYS
Image via SAYS
Lebih banyak usaha, insyaAllah lebih banyak rezeki seseorang.

3. Rezeki Kerana Bersyukur

Image from SAYS
Image via SAYS
Bersyukurlah setiap hari dengan segala apa yang kita ada sebelum kita kehilangan semuanya.

4. Rezeki Yang Tidak Disangka-Sangka

Image from SAYS
Image via SAYS
Pernah dapat rezeki yang tak terduga? Contohnya seperti kawan belanja makan, dapat panggilan kerja yang kita tak harapkan, dan macam-macam lagi. Mesti pernah, kan?

5. Rezeki Kerana Istighfar

Image from SAYS
Image via SAYS
Ucapan 'Astaghfirullahal'azim' itu sangat powerful untuk kita amalkan.

6. Rezeki Kerana Menikah

Image from SAYS
Image via SAYS
Jangan takut untuk berkahwin. Allah sudah menetapkan rezeki untuk kamu.

7. Rezeki Kerana Anak

Image from SAYS
Image via SAYS
Lebih ramai anak, lebih banyak limpahan rezeki.

8. Rezeki Kerana Sedekah

Image from SAYS
Image via SAYS
Setiap harta yang kita miliki pastinya ada bahagian untuk orang lain yang lebih memerlukan.

9. Rezeki Kerana Keberkatan Pagi

Image from SAYS
Image via SAYS
Bangun pagi, solat Subuh, dan bergegaslah menunaikan ibadah kerja demi mencari rezeki.

10. Rezeki Kerana Menjalinkan Silaturrahim

Image from SAYS
Image via SAYS
Silaturrahim sesama manusia hendaklah dijaga sebaik-baiknya.
TANDA-TANDA REZEKI DIBERKATI
TANGAN REZEKI
7 TANDA REZEKI DIBERKATI ALLAH SWT
■ 1) Kita akan sentiasa rasa cukup dengan apa yang kita ada. Dan kadang-kadang tu kita rasa macam lebih dari cukup. Ini adalah salah satu petandanya sebab orang yang dapat rezeki tanpa keberkatan akan rasa sentiasa dalam kekurangan dan tidak puas dengan apa yang dia ada. Contohnya bila dapat duit, duit tu rasa sekejap saja habis. tapi kalau duit tu ada keberkatan, boleh cukup belanja sebulan dan boleh sampai tahap cukup buat simpanan.
■ 2) Bila perilaku atau keadaan dalam keluarga dilihat stabil atau bahagia, ia boleh dikatakan yang rezeki keluarga itu ada keberkatan. Punca permasalahan dalam keluarga kadang-kadang boleh dilihat kembali pada akarnya, iaitu punca mendapatkan nafkah keluarga. Bila bercampur harta halal dan haram seperti rasuah maka wang tersebut sentiasa rasa tak cukup.
■ 3) Apabila kita terasa mudah untuk menjaga solat dan juga melakukan amal ibadah yang lain, maka boleh lah dikata kan yang rezeki yang kita peroleh itu diberkati. Rezeki yang di perolehi boleh melakukan ibadah umrah atau haji. Boleh jadi kenapa sebahagian daripada kita susah sangat nak solat sebab rezeki kita tak diberkati.
■ 4) Lagi satu lagi kesan positif bila rezeki kita diberkati ialah bila orang sekeliling kita suka dekat kita atau senang dengan kehadiran kita. Perkara seperti ini boleh dilihat bila kita bersama rakan-rakan atau ahli keluarga yang lain. Kehadiran kita memberi manfaat kepada orang lain dan tidak menyusahkan.
■ 5) Seterusnya ialah apabila anak-anak cemerlang dalam pelajarannya. Sebab itu pentingnya mencari rezeki yang halal yang diberkati sebab duit yang kita guna buat beli makanan dan barang-barang untuk anak-anak sebenarnya ada kesannya.
■ 6) Kalau rumah kita orang rajin ziarah, itu maknanya rezeki kita ada keberkatan. Kedatangan tetamu sebenar nya membawa rezeki dan keberkatan di dalam rumah tangga kita.
■ 7) Dan yang terakhir sekali bila doa kita senang termakbul. Sebab Nabi SAW pernah bersabda doa yang tak dimakbul kan antara sebabnya adalah kerana makan dari rezeki yang haram.
Maka itulah petanda rezeki orang yang mempunyai keberkatan. Tapi kita sering terlupa yang rezeki di ada bermacam jenis, bukan sekadar tertumpu pada harta semata.
Dalam apa pun yang kita dapat di dunia ini, semua tu tak lain tak bukan adalah rezeki dari Allah SWT kurniakan. seperti yang terdapat didalam ayat al-Quran, surah At-Talaq ayat 2-3:
“Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, Maka Allah akan menunjukkan kepadanya jalan keluar dari kesusahan. dan diberikanNya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka, dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan keperluannya”
Setiap pekerjaan yang dilakukan oleh manusia untuk meneruskan kelangsungan hidup di dunia merupakan ibadat iaitu selagi ia dilakukan dengan niat yang baik dan tidak melanggar hukum-Nya. Rezeki yang berkat adalah rezeki yang dicari dengan titik peluh sendiri, bukan dengan cara menunggu pemberian daripada orang lain seperti meminta sedekah, derma dan sebagainya padahal tubuh badan masih lagi kuat dan sihat. Hal ini amat dilarang keras oleh Islam kerana ia merupakan perbuatan yang memalukan dan menghinakan.
Selalunya manusia itu apabila berkaitan dengan berkah (berkat, barakah) menjuruskan kepada rezeki dan menilai disegi banyaknya keuntungan yang diperolehi. Sebaliknya mereka beranggapan tiada keberkatan daripada Allah SWT apabila rezeki yang mendatang itu sedikit sedangkan usaha yang dikeluarkan cukup banyak dan berlipat ganda, namun kepada kedua kedudukan tersebut manusia selalu terlupa dan tidak mahu bersyukur kepada Allah.
Kehidupan yang berkat itu sebenarnya akan sentiasa mencukupkan dan kecukupan itu membolehkan keberkatan didalam kehidupan. Apabila mempersoalkan amaun banyak atau sedikit, bererti manusia itu tidak pernah puas sehinggakan tidak tahu mereka bersyukur, maka tiadalah keberkatan dari Allah didalam kehidupan. Sesungguhnya segala yang dimiliki oleh manusia diatas muka bumi ini walau sebanyak mana atau sangat sedikit, mahu pun mungkin tidak punya suatu apa, sebenarnya segala itu adalah kurnia daripada Allah SWT.
Nabi SAW bersabda maksudnya, “Sesungguhnya Allah yang Maha Luas KurniaNya lagi Maha Tinggi akan menguji setiap hambaNya dengan rezeki yang diberikan. Barang siapa yang redha dengan pemberian Allah, maka Allah akan memberkati dan melapangkan rezeki baginya dan barang siapa yang tidak redha nescaya rezekinya tidak diberkati”
(HR Ahmad)
Nabi Muhammad SAW melalui Sabda Baginda diatas sekali gus menjelaskan bahawa keberkatan dari Allah SWT itu tidak ditentukan amaun banyak atau sedikit rezeki yang diperolehi. Keberkatan Illahi itu terletak diatas rasa keredhaan hamba Allah keatas apa sahaja bentuk mahu pun jumlah kurniaanNya.
Sebaliknya rezeki itu sendiri merupakan perujian daripada Allah SWT kepada manusia sejauh mana mereka benar benar bertakwa dan berserah diri kepadaNya. “Wahai orang orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar benar takwa kepadaNya, dan janganlah kamu mati melainkan dengan berserah diri”
(Surah Ali-Imran (3) ayat 102)
Dalam kita memahami pengertian rezeki yang berkat, kita tidak boleh membataskan rezeki itu hanya pada wang ringgit tetapi meliputi kesihatan. Ilmu,sahabat, masa lapang, idea dan berbagai lagi sehinggakan kemampuan melaksanakan amal ibadah juga merupakan rezeki. Bila kita dapat memahami makna rezeki yang berkat secara tidak lansung kita sudah menambahkan rezeki dengan meluaskan pengertian rezeki itu sendiri. Jika seseorang mendapat gaji yang besar tetapi tidak merasai cukup kerana terlalu banyak perkara yang perlu di bayar dan merasai sentiasa tak cukup.
Sedangkan ada setengah orang berpendapatan sederhana tetapi mencukupi menyara isteri dan anak-anak, mampu membeli rumah, kereta dan mampu membiayai pengajian anak-anaknya ke universiti. Ini adalah petanda rezeki yang tak berkat dengan rezeki yang berkat.
ALLAH PEMBERI REZEKI
Allah SWT memiliki nama yang mulia dan dikenali sebagai Al-Asma’ Al-Husna. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Katakanlah (wahai Muhammad): Serulah nama Allah atau nama Ar-Rahman, yang mana saja kamu serukan (daripada kedua-dua nama itu adalah baik belaka) kerana Allah mempunyai banyak nama yang baik serta mulia. Dan janganlah engkau nyaringkan bacaan doa atau sembahyangmu, juga janganlah engkau perlahankannya, dan gunakanlah saja satu cara yang sederhana antara itu.” (Surah al-Isra’, ayat 110)
Antara nama Allah SWT yang mesti kita beriman dengannya ialah Ar-Razzaq. Nama itu merujuk kepada Allah SWT yang banyak memberi rezeki kepada hamba-Nya.
Allah SWT menciptakan makhluk-Nya di atas muka bumi ini dan mengurniakan setiap makhluk rezeki daripada pelbagai bentuk. Allah SWT tidak sekali-kali membiarkan makhluk-Nya hidup tanpa kurniaan rezeki.
Merujuk kepada nama Ar-Razzaq, Allah SWT mengurniakan rezeki yang banyak kepada hamba-Nya sama ada manusia itu beriman ataupun sebaliknya.


Makna dan kelebihan Ar-Razzaq tidak dapat ditandingi setiap daripada makhluk-Nya. Dialah berkuasa mengurniakan rezeki kepada setiap makhluk-Nya.
Hal itu dijelaskan Allah SWT menerusi firman-Nya yang bermaksud: “…Sesungguhnya Allah memberikan rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dengan tidak dikira.” (Surah Ali ‘Imran, ayat 37)
Istilah rezeki perlu difahami dalam konteks yang luas. Rezeki bukan hanya merujuk kepada wang ringgit, sebaliknya rezeki mencakupi pelbagai perkara seperti makan, minum, zuriat, pekerjaan, masa lapang, keluarga, kesihatan dan kesejahteraan.
Justeru, setiap Muslim perlu menyedari hakikat rezeki yang diterima datangnya daripada Allah SWT. Tidak ada satu bentuk rezeki yang tidak termasuk dalam kurniaan Allah SWT.
Memang benar, kita berusaha untuk mendapatkan rezeki, namun usaha itu bergantung sepenuhnya kepada ketentuan Allah SWT.
Firman Allah SWT dalam al-Quran bermaksud: “Dan tiadalah sesuatu pun daripada kalangan makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat dia kembali. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Lauh Mahfuz) yang nyata (kepada para malaikat yang berkenaan).” (Surah Hud, ayat 6)
Kita sendiri dapat menyedari diri tidak berkuasa untuk menentukan sesuatu rezeki itu benar-benar dimiliki melainkan ia bergantung kepada ketentuan Allah SWT.
Contohnya, di tangan kita ada nasi namun atas sebab tertentu nasi itu tidak dapat dimasukkan ke dalam mulut akibat terjatuh ke tanah. Rezeki itu sudah berada dalam tangan, namun manusia tidak mempunyai kuasa mutlak mengatakan nasi itu sememangnya rezeki miliknya.
Begitulah gambaran kecil betapa setiap rezeki tertakluk sepenuhnya atas ketentuan Allah SWT. Dialah yang berkuasa memberi dan menahan sesuatu rezeki.
Allah SWT mengurniakan rezeki hatta kepada serangga kecil. Firman Allah SWT bermaksud: “Dan (ingatlah) berapa banyak binatang yang tidak membawa rezekinya bersama, Allah jualah yang memberi rezeki kepadanya dan kepada kamu, dan Dialah jua yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” (Surah al-Ankabut, ayat 60)
Menyedari hakikat itu, setiap Muslim perlu beriman, kepada Allah SWT sahajalah selayaknya kurniaan rezeki dipohon. Usah hampiri jalan syirik dengan meminta-minta daripada dukun atau bomoh agar dikurniakan rezeki.
Bersabarlah dalam memohon rezeki daripada-Nya yang dikenali dengan Ar-Razzaq. Allah SWT mengurniakan rezeki kepada sesiapa saja yang dikehendaki-Nya. Asalkan hamba itu berusaha mendapatkan rezeki yang dihajati.
Firman Allah SWT bermaksud: “…Dan (ingatlah), Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dengan tidak terkira (menurut undang-undang peraturan-Nya).” (Surah al-Baqarah, ayat 212)
Apabila rezeki yang dihajati masih belum diperoleh sedangkan doa dan usaha acap kali dilakukan, usah salahkan takdir. Ada kalanya Allah SWT tidak mengurniakan sesuatu yang diminta tetapi Dia mengurniakan sesuatu yang diperlukan.
Teruslah bersabar dan berusaha untuk memperoleh rezeki yang dicita-citakan. Manusia sebenarnya tidak akan pernah puas dengan setiap nikmat yang diterimanya.
Semakin dikurniakan rezeki, semakin banyak hajat yang ingin dicapai. Tidak salah meminta pelbagai bentuk rezeki daripada Allah SWT, namun fikirlah sikap kita terhadap kehebatan dan keagungan Allah SWT.
Adakah kita daripada kalangan hamba-Nya yang bersyukur? Ramai orang bersyukur ketika menerima rezeki baru, namun lupa untuk mensyukuri nikmat rezeki yang sedang dinikmati.
Firman Allah SWT dalam al-Quran bermaksud: “Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkannya kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu, sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah an-Nahl, ayat 18)